AZIMAT DIRI

...aku datang untuk pergi...LANTAS...aku tidak rasa mulia bila dipuji dan aku tidak rasa hina bila dikeji...KERANA...aku sudah tidak peduli manusiawi...yang ku cari hanya redho Ilahi...

Sunday, November 15, 2009

hari konvokesyen DAIJ




aku

segala penat lelah dan usaha akhirnya membuahkan hasil. menerima pengiktirafan sebagai lulusan Diploma Dndang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam mengimbau kembali saat aku bergelumang dengan jadual ketat kuliah, assigment dan ditambah lagi dengan tanggungjawab mengurus keluarga sebagai seorang bapa dan seorang suami.

isteri

benar kata-kata bahawa kejayaan seseorang lelaki adalah kerana ada seseorang pendorong wanita di belakangnya sama ada dia adalah isteri, ibu atau kekasih! zaman berkasih sudah berlalu. doa seorang ibu, itu adalah pasti.tetapi hakikatnya pengorbanan isteri adalah segala-galanya. maka, pada hari bersejarah ini, sengaja aku menjemputnya menjadi tetamu istimewaku sebagai dedikasi kesungguhannya memberi segala semangat yang aku perlukan.

anak

biar mereka lihat kejayaanku ini. mudah-mudahan roh dan semangat yang terbit dari pengiktirafan ini turut membakar naluri dan keinginan mereka untuk berjaya seperti ayahnya.

No comments:

Post a Comment