AZIMAT DIRI

...aku datang untuk pergi...LANTAS...aku tidak rasa mulia bila dipuji dan aku tidak rasa hina bila dikeji...KERANA...aku sudah tidak peduli manusiawi...yang ku cari hanya redho Ilahi...

Sunday, June 27, 2010

angkara mulut


Satu ketika seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Lalu keluarganya mencari seorang wanita tukang mandi mayat. Namun mereka hanya dapati wanita tukang mandi mayat itu seorang yang jahat mulutnya.

Sambil ia memandikan mayat tersebut , beliau memaki-maki mayat berkenaan dengan makian dan kejian. Kata beliau pada mayat berkenaan “Faraj inilah yang banyak digunakan untuk berzina !”

Dengan kehendak tuhan, tiba-tiba kedua-dua tanganya melekat ketubuh simayat. Ia berusaha untuk melepaskan dari melekat tetapi usahanya tidak berjaya. Sementara itu orang ramai yang berada di luar sudah mulai gelisah kerana lama sekali menunggu selesai dimandikan.

Akhirnya keluarga simayat mengatahui kedudukan perkara sebenar. Mereka segera mengirimkan orang untuk bertanyakan hal tersebut kepada beberapa orang ulama di Madinah. Ada seorang ulama mencadangkan agar tuboh simayat itu dipotong demi menyelamatkan wanita tukang mandi mayat itu. Ada pula yang mencadangkan agar tangan wanita tukang mandi itu dipotong.

Akhirnya setelah mereka menemui jalan buntu , mereka pergi kepada Imam Malik bin Anas rah. Setelah mendengar kisah itu, Imam Malik pun segera datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta diberi kesempatan untuk menyiasat tukang mandi itu dari balik hijab. Imam Malik bertanya kepada wanita tukang mandi mayat itu,” Katakan terus terang, apakah yang telah engaku tuduh kepada simayat itu?”.

Wanita tukang mandi mayat itu menjawab dengan sedih,” Aku telah menuduhnya berzina ketika aku sedang memandikanya”.

Setelah jelas kedudukan perkara sebenar, Imam Malik berkata kepada anggota keluarga simayat,” Wanita tukang mandi ini telah menuduh simayat dengan tuduhan yang salah. Ia telah melanggar hudud Allah swt dengan menuduh wanita muslimah yang solehah melakukan zina tanpa bukti dan saksi sebanyak 4 orang . Atas sebab itu ia wajib menjalan hukuman hudud 80 kali sebat.”

Sesudah hukuman itu dilaksanakan , barulah kedua tangan wanita tukang mandi itu terlepas dari tubuh simayat.

No comments:

Post a Comment