AZIMAT DIRI

...aku datang untuk pergi...LANTAS...aku tidak rasa mulia bila dipuji dan aku tidak rasa hina bila dikeji...KERANA...aku sudah tidak peduli manusiawi...yang ku cari hanya redho Ilahi...

Saturday, October 3, 2009

ulama lahir vs ulama batin


Seorang ulama Fiqh, Ibrahim Ar-Raqi mengunjungi seorang ulama Sufi, Abul Khair. Ketika itu azan Maghrib sedang berkumandang. Abul Khair terus mengimami jemaah termasuk Ibrahim. Semasa mendengar bacaan Fatehah Abul Khair yang mendatar dan tidak begitu sempurna, terdetik di hati Ibrahim tentang kekurangan pada Abul Khair dan sia-sia saja datang ke situ.

Selepas memberi salam, Ibrahim terasa hendak buang air lalu keluar dari rumah Abul Khair. Tiba-tiba dia ternampak seekor singa ganas menuju ke arahnya. Dia cepat-cepat berlari dan masuk semula ke rumah memberitahu Abul Khair tentang peristiwa tersebut.

Abul Khair segera turun ke halaman rumahnya dan berteriak dengan kuat kepada singa yang masih ada di situ, "Bukankah telah aku katakan jangan ganggu tetamu yang menziarahiku." Singa itu segera berlalu pergi seolah-olah faham akan apa yang didengarinya. Ketika berada di rumah, Abul Khair berkata kepada Ibrahim, "Kamu asyik membetulkan amalan lahir sehingga kamu takut akan seekor singa, sedangkan kami pula asyik membetulkan amalan batin kami, maka singa yang ganas pun takut kepada kami.

No comments:

Post a Comment