AZIMAT DIRI

...aku datang untuk pergi...LANTAS...aku tidak rasa mulia bila dipuji dan aku tidak rasa hina bila dikeji...KERANA...aku sudah tidak peduli manusiawi...yang ku cari hanya redho Ilahi...

Sunday, June 27, 2010

apabila melihat dengan nur Allah


Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Khatab ra. Aku melihat di dalam mimpi seolah-olah aku sedang Solat Fajar di belakang Rasulullah saw. Setelah selesai solat, aku keluar dari masjid. Tiba-tiba aku melihat seorang wanita sedang berdiri di pintu masjid drngan sepiring kurma di tangannya seraya berkata,” Ya Ali, terimalah piring ini dan berikanlah kepada Rasulullah saw.” Sesudah aku sampaikan amanat itu, Rasulullah saw mengambil sebiji kurma dari piring itu dan meletakkan ke mulutku. Setelah aku memakannya, aku berkata kepada Rasulullah saw,”Berikan kepadaku sebiji lagi, Ya Rasulullah….” Belum sempat baginda menambahnya, aku tiba-tiba terbangun oleh suara muazzin dari Masjid Rasulullah saw.

Selanjutnya Ali bercerita lagi :-

Aku pun pergi ke masjid bermakmum di belakang Amirul Mukminin Umar bin Khatab ra. Setelah selesai solat, aku keluar dan ternyata di pintu masjid ada seorang wanita dengan sepeiring kurma di tangannya. Wanita itu berkata kepadaku,” Ya Ali, berikan kurma ini kepada Amirul mukminin Umar bin Khatab ra.” Aku mengambil piring kurma berkenaan lalu aku pun pergi memberikannya kepada Umar ra. Lalu umar mengambil sebiji kurma dari piring berkenaan lalu menyuapkannya ke mulutku. Aku berkata kepadanya,” Ya Amirul Mukminin, tambahlah sebiji lagi untukku.” Umar pun berkata,” Kalau Rasulullah menambah untuk mu, maka aku akan menambahnya juga!”

Ali bin Abi Talib pun hairan, memikirkan mimpinya itu ada persamaannya dengan peristiwa yang baru dialaminya itu. Lalu ia berkata kepada Umar ra,” Ya Amirul Mukminin, adakah tuan bermimpi seperti mimpiku, atau Allah swt membukakan pintu ghaibnya untukmu? Umar ra menjawab,” Itu bukan mimpi dan bukan pula ilmu ghaib. Tetapi seorang mukmin, bila hatinya ikhlas kerana Allah swt, dia akan melihat sesuatu dengan Nur Allah.”

angkara mulut


Satu ketika seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Lalu keluarganya mencari seorang wanita tukang mandi mayat. Namun mereka hanya dapati wanita tukang mandi mayat itu seorang yang jahat mulutnya.

Sambil ia memandikan mayat tersebut , beliau memaki-maki mayat berkenaan dengan makian dan kejian. Kata beliau pada mayat berkenaan “Faraj inilah yang banyak digunakan untuk berzina !”

Dengan kehendak tuhan, tiba-tiba kedua-dua tanganya melekat ketubuh simayat. Ia berusaha untuk melepaskan dari melekat tetapi usahanya tidak berjaya. Sementara itu orang ramai yang berada di luar sudah mulai gelisah kerana lama sekali menunggu selesai dimandikan.

Akhirnya keluarga simayat mengatahui kedudukan perkara sebenar. Mereka segera mengirimkan orang untuk bertanyakan hal tersebut kepada beberapa orang ulama di Madinah. Ada seorang ulama mencadangkan agar tuboh simayat itu dipotong demi menyelamatkan wanita tukang mandi mayat itu. Ada pula yang mencadangkan agar tangan wanita tukang mandi itu dipotong.

Akhirnya setelah mereka menemui jalan buntu , mereka pergi kepada Imam Malik bin Anas rah. Setelah mendengar kisah itu, Imam Malik pun segera datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta diberi kesempatan untuk menyiasat tukang mandi itu dari balik hijab. Imam Malik bertanya kepada wanita tukang mandi mayat itu,” Katakan terus terang, apakah yang telah engaku tuduh kepada simayat itu?”.

Wanita tukang mandi mayat itu menjawab dengan sedih,” Aku telah menuduhnya berzina ketika aku sedang memandikanya”.

Setelah jelas kedudukan perkara sebenar, Imam Malik berkata kepada anggota keluarga simayat,” Wanita tukang mandi ini telah menuduh simayat dengan tuduhan yang salah. Ia telah melanggar hudud Allah swt dengan menuduh wanita muslimah yang solehah melakukan zina tanpa bukti dan saksi sebanyak 4 orang . Atas sebab itu ia wajib menjalan hukuman hudud 80 kali sebat.”

Sesudah hukuman itu dilaksanakan , barulah kedua tangan wanita tukang mandi itu terlepas dari tubuh simayat.

imam syafie vs imam ahmad


Pada suatu hari Imam Syafie rah datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar. Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim. Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Suboh. Ketiga, Ia Solat Suboh tanpa berwudhuk.”

Imam Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam Syafie tersenyum lalu ia berkata, “ Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalan bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.”
Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masaalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat Solat Malam. Perkara ketiga yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika Solat Suboh kerana aku Walahhi ! . . . . pada malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Suboh dengan wudhuk Solat Insya’.”